Wednesday, December 28, 2011

SBPA

Di ketika ini penjawat-penjawat awam sedang sibuk menanda tangani opsyen 60 tahun pencen dan SBPA. Bagi kaum lelaki terpulang kepada pilihan masing-masing jika kesihatan masih mengizinkan dan tanggungan masih banyak seperti anak-anak masih kecil atau isteri lebih dari seorang.

Sebaliknya bagi kaum wanita, jika sudah bersuami, perkara pertama yang mesti dipertimbangkan ialah keizi
nan suami. Sudah lama suami tidak sempat diberi layanan yang sempurna sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sudah berapa kali selama bersama bermasam muka terhadap suami dengan alasan penat bekerja. Sudah berapa kali tidak sempat menyediakan pakaian solat suami terutama solat Jumaat atas alasan keletihan bekerja. Kekadang acap kali makan minum suami pun diuruskan oleh tukang masak restoran. Kekadang bila suami terjaga diwaktu malam isteri tiada di sisi kerana isteri sedang berkursus. Walau pun sebahagian daripada perkara-perkara ini bukan tanggungjawab mutlak isteri terhadap suami tetapi inilah amal-amal yang boleh membantu isteri melangkah kaki ke syurga.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan pesan kepada wanita bahawa mereka sangat mudah untuk memasuki syurga tetapi semasa peristiwa Israk Mi'raj, Baginda ditunjukkan bahawa wanita lebih ramai dalam neraka. Untuk menjadi ahli syurga, kaum wanita hanya perlu taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada suami atas perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama, menjaga maruah dan harta suami, tidak mengizinkan lelaki ajnabi memasuki rumah semasa ketiadaan suami dan tidak keluar rumah tanpa izin suami. Maka bagi kaum wanita, sebelum memilih opsyen bersara 60 tahun, muhasabahlah diri akan tanggungjawab terhadap suami yang sudah dan belum dilaksanakan kerana matlamat kita semua ialah untuk memasuki syurga bukannya kemewahan dunia semata-mata. Wallahu'alam.

Friday, December 23, 2011

Apa nak jadi...

Apabila suami dan isteri bergaduh maka anak-anak akan merasai kesannya. Ada anak-anak yang akan menyokong siibu dan ada pula yang akan menyokong sibapa. Tetapi yang lebih parah ada anak-anak yang membenci kedua-duanya dan keluar rumah mencari identiti baru. Siibu dan sibapa akan mencari sokongan untuk membenarkan hujjah masing-masing. Maka biasanya jiran dan kawan-kawan akan menjadi tempat didedahkan segala rahsia lawan masing-masing. Maka menjalarlah berita dan rahsia itu dari sejenkal menjadi sehasta dan seterusnya. Sudah tentulah orang yang paling gembira adalah musuh kedua-dua mereka apatah lagi jika musuh mereka orang munafik. Maka sekeluarga mendapat malu dan kerugian. Mengapa mereka tidak memilih tempat mengadu yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Inilah ibarat akan apa yang kita lihat hari ini. Media yang kita boikot setiap hari mengambil peluang untuk menghentam dan menyelakkan keburukan yang entah betul entah salah.

Kalau kita imbas zaman Rasulullah s.a.w, apabila sahabat-sahabat berselisih pendapat maka mereka berlarian mencari Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan nasihat. Mereka akan redha dengan keputusan Rasulullah s.a.w kerana mereka bersatu dengan satu akidah dan mereka menyayangi Rasulullah s.a.w dan satu Pencipta. Mengapa kita hari ini tidak sanggup mencontohi sahabat-sahabat sedangkan kita beria-ia mengaku berjuang Islam. Bukankah kita ada ketua yang boleh dijadikan penasihat walau pun tidak setaraf dengan Rasulullah s.a.w tetapi masih mempunyai wibawa dengan ilmu agama yang ada di dada kurniaan Allah.
Lihatlah contoh Saidina Umar yang terkenal tegas tetapi beliau tetap akur dengan keputusan Rasulullah s.a.w dalam menangani masalah tawanan perang. Rasulullah menerima pendapat Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar tidak memusuhi Abu Bakar dan tidak pula menghebohkan perkara itu untuk menegakkan pendapat beliau kepada sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya Allah yang membenarkan pendapat Saidina Umar itu. Bagaimanakah dengan kita hari ini? Kita guna media cetak dan TV untuk cuba menegakkan pendapat kita. Jangan lupa peyokong-penyokong di luar sedang memerhatikan gelagat kita. Media yang kita anggap musuh akhirnya mendapat peluang keemasan untuk menyerang jemaah kita dengan tindak-tanduk kita juga.

Marilah kita renung betapa amanahnya Huzaifah ibnu al-Yaman (tolong betulkan jika silap) menyimpan rahsia senarai orang-orang munafik yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w. Pernah Saidina Umar bertanyakan kepada beliau hal itu maka beliau hanya menyatakan bahawa nama Saidina Umar tiada dalam senarai. Jika sahabat-sahabat ingin tahu terpaksalah tunggu seseorang itu meninggal. Jika Huzaifah tidak menghadiri solat jenazah maka sahabat-sahabat pun tidak pergi kerana kemungkinan besar orang itu adalah munafik. Tetapi kita hari ini sehebat manakah menyimpan rahsia jamaah?

Kita penyokong akar umbi merasa malu bila melihat pemimpin-pemin berbalah sesama sendiri yang dihebahkan dalam media cetak dan TV. Kenapa setiap pertelingkahan tidak dirujuk kepada ketua dan jamaah. Tiada untungnya bagi yang menang dan tiada rugi bagi yang kalah. Semuanya akan menanggung kerugian terutama jamaah. Musuh-musuh akan megambil peluang untuk menjadikan perkara ini lebih buruk di mata masyarakat. Setiap pemimpin janganlah mendabik dada merasakan bahawa mereka sajalah yang betul dan semua orang lain salah. Kita sepatutnya mengutamakan keputusan jamaah selagi ia tidak bercanggah dengan agama berbanding dengan keputusan dan pendapat peribadi kita. Kambing di luar kawanan lebih mudah ditangkap serigala berbanding dengan kambing dalam kawanan.

Tuesday, December 13, 2011

perihal kerja ku






Inilah diantara wajah2 yang sangat happy time kerja. Aku memang sebegini sentiasa happy....happy go lucky! Entah bila masanya aku bersedih aku pun tak pasti. Tapi percayalah setiap manusia pasti ada masalah tersendiri cuma mungkin Allah anugerahkan aku sifat yang boleh melindung kesedihan....
Meh aku perkenalkan kawan2 sekerjaku ni...
yang sebelah kiri berbaju kurung tu namanya Hafizah. bertugas sebagai juru x ray...yang kat tgh2 tu izzati, tapi kami panggil dia ijat je...confirm la nurse cam aku...dah tentu beruniform...
Yang peliknya kami ni sempat lagi bergambar tgh2 training pasal Rubidium82.

Terjemahan doa iftitah

اَللهُ أَكۡبَرُ كَبِيۡرًا وَالۡحَمۡدُلِلَّهِ كَثِيۡرًا وَسُبۡحَانَ اللهِ بُكۡرَةً وَ أَصِيۡلاً
  Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan Segala Puji Bagi Allah sebanyak banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang

 وَجَّـهۡتُ وَجۡـهِيَ لِلَّذِيۡ فَطَرَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيۡفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِيۡنَ
  Aku Hadapkan wajah (Diriku) kepada (Allah) yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dengan berserah diri kepada kebenaran (Sebagai) Orang Muslim, dan tidaklah aku sebahagian dari orang-orang musrik.

 إِنَّ صَلَاتِيۡ وَنُسُكِيۡ وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِيۡ لِلَّهِ رَبِّۤ ٱلۡعَالَمِيۡن.
لاَ شَرِيۡكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَٱلۡمُسۡلِمِيۡنَ 
  Sesungguhnya, Sholatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah Tuhan Sekalian Alam. Tiada Sekutu BagiNya dan dengan demikian itu aku di perintahkan dan aku sebahagian dari orang-orang Islam

Monday, December 5, 2011

Malaysia kita

Renunglah wahai remaja Islam dan fikirlah siapa yg patut diikuti utk mencapai kebahagian di dunia dan lebih2 kagi diakhirat:
1. Ada org sanggup menyinsing lengan baju menunjukkan lengannya utk membela Melayu tetpi dlm masa yg sama mengkhianati Islam dgn mendedahkan aurat dan tidak menutup aurat dgn sempurna.
2. Ada org mengaku mengikut al-Quran dan Sunnah tetapi dalam masa yang sama membiarkan isteri dan anak2 melanggar perintah Allah dan Sunnah dgn membiarkan mereka mendedah aurat.
3. Ada org hendak berjihad mempertahankan Islam tetapi kelihatan gagal berjihad untuk memastikan keluarga mengikuti ajaran Islam.
4. Ada org mengaku membela Islam tetapi dalam masa yang sama riuh rendah menuduh dan menfitnah org lain dgn tuduhan liwat dan menayang video keserata pelusuh dunia.
5. Ada org setiap minggu menyampaikan kuliah pagi dan tinggal di rumah kampung dan hidup bersederhana serta keluarga sentiasa mematuhi ajaran al-quran dan Sunnah tetapi sentiasa dituduh memecahbelahkan perpaduan org Islam.
6. Ada org bergerak ke serata tanah air menerangkan kepada rakyat segala salahlaku pemimpin2 negara utk diambil ikhtibar oleh rakyat dan anak isteri sentiasa menutup aurat tetapi sentiasa tidak terlepas dari pelbagai tuduhan dan fitnah yg memalukan.

Fikir-fikirlah bersama untuk menyelamatkan Malaysia dari kemaksiatan dan kemungkaran .......

Friday, December 2, 2011

Sedih

Bila aku menonton iklan tusyen UPSR dalam astro, aku berasa sedih dan jauh hati tetapi mungkin sebahagian org lain berasa gembira kerana semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India semuanya boleh berbahasa Inggeris dgn baik. Aku bukan org yg anti BI. Dlm keadaan susah payah pun aku sekali sekala guna juga BI di tempat tertentu atau pada masa tertentu.

Aku sedih bila terkenangkan bagaimana Tun Abdul Razak berusaha membuat akta bahasa kebangsaan yg menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua urusan resmi termasuk dalam pendidkan dengan natijahnya untuk perpaduan dan mewujudkan semangat patriotis kepada negara Malaysia. Pada masa itu semua rakyat berusaha menguasai bahasa melayu sehinggakan nak mohon kerakyatan pun mesti boleh berbahasa melayu. Kita dpt lihat bila bertemu pelbagai kaum dalam satu majlis semua menggunakan bahasa melayu. Kemudian diwujudkan UKM utk memperhebatkan keperkasaan bahasa melayu. DBP ditugaskan utk memperbanyakkan bahan2 berbahasa melayu. Kawan2 Cina aku semasa di Alam Shah ambil kursus bahasa melayu dan begitu lancar berbahasa melayu.

Tetapi hari ini hanya tinggal semangat yang semakin kelam. Pemimpin2 melayu pun segan untuk berbahasa melayu dalam ucapan antarabangsa. Dalam mesyuarat kabinet pula guna bahasa apa? semasa sukan sea baru2 ini pemenang pingat yang ditemuramah sebahagiannya bercakap dalam BI seolah2 malaysia tiada bahasa resminya.

Bagaimanalah kita dapat memupuk semangat patriotik jika bahasa negara pun tidak tahu yang mana satu dan kalau ada pun tidak dimartabatkan. Berbeza dengan negara2 lain seperti Indonesia, jepun, Korea dan lain2, mereka begitu berbangga menggunakan bahasa mereka dan sebab itulah mereka sangat cintakan negara mereka sendiri. Bila tiba hari ulangtahun kemerdekaan mereka tak perlu dipaksa untuk mengibarkan bendera negara mereka dan tak tunggu bendera percuma. Betapa patriotiknya orang Jepun hinggakan menteri atau pegawai mereka sanggup meletakkan jawatan atau bunuh diri (org Islam tak boleh) jika berlaku sesuatu yang merugikan seperti perlanggaran keretapi yang dibawah jagaan mereka. Tetapi kita di Malaysia, sudah berapa orang menteri atau menteri besar letak jawatan contohnya bila stadium runtuh?

Marilah kita kembali memperkasakan bahasa melayu sebgai bahasa perpaduan dan pendidikan yang akhirnya melahirkan rakyat yang sayang kepada negara tetapi bukan semata-mata.

Ter lampau obsess

Lumrah, setiap orang ada perkara yang dia suka, yang dia minat, yang menggembirakan hatinya, yang selalu mencuri perhatiannya. Ada orang suka itu, ada orang suka ini. Dan minat itu selalu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, kerana biasanya ia akan kelihatan, terzahir secara spontan, secerah matahari yang sukar disembunyikan. Lihat sajalah Facebook ini - dari info yang dikongsikan pada profile, hinggalah ke pilihan foto, kita akan dengan cepat dapat mengagak serba sedikit kesukaan seseorang.MashaAllah, differences make the world colourful.
.
Some of us are crazy about football, makan bola, tidur bola, obses betul dengan benda bulat itu. Others, like camera and take photos of almost anything and everything. Some ladies love pink, flowers, fashion and beauty.
.
Alhamdulillah. Allah menjadikan kita semua berbeza-beza dengan keistimewaan dan minat yang tersendiri. Bila minat, obsessed, kita menjadi tidak kisah untuk bersusah-payah deminya, menghabiskan duit ke arahnya, meluangkan masa untuknya, pengorbanan menjadi ringan dan membahagiakan. Namun, ada satu perkara yang kita semua sangat berdoa supaya Allah mewujudkan minat itu, obsesi itu, kesukaan itu, dalam diri kita.
.

Kita mestilah minat pada Islam.
Suka pada Ad-deen ini. Cenderung kepada kebaikan. Biarlah hati kita selalu merasa terpanggil untuk hadir menyahut seruan hidayahNya bila-bila pun ia tiba, dalam apa jua bentuk pun ia sampai. Semoga kaki kita selalu merasa ringan untuk melangkah ke majlis-majlis seruan keimanan. Hendaknya telinga kita selesa dan biasa mendengar kata-kata yang menginsafkan, juga ayat-ayat cinta dari Maha Pencipta. Doa kita agar tangan kita tidak pernah lambat-lambat untuk mengeluarkan apapun harta, membayar berapa pun harga, demi meraih sesuap kefahaman Islam.
.

Kita juga mestilah taksub dengan Nabi Muhammad saw.
Mestilah minat sangat kepada baginda. Mahu taat dengan setiap satu suruhan baginda tanpa tertinggal. Mahu belajar lagi tentang diri dan kisah baginda, menambah lagi ilmu dan kefahaman kita tentangnya. Mahu ikut semua sekali ajaran baginda. Ingin buat segala apa yang baginda buat. Hatta melangkah masuk ke tandas pun kita ingin sentiasa memilih kaki kiri dahulu supaya sama dengan baginda! Begitulah para sahabat dulu, mencontohi qudwah agung itu tanpa banyak soal. Semua yang baginda cakap mesti betul. Semua yang baginda buat me sti nak ikut, dan mereka menamakannya Sunnah Nabi. Memang mereka fanatik! Maka benarlah mereka. Kerana mereka menyaksikan kebenaran yang dibawanya. Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah (saw) itu SATU-SATUnya manusia yang berhak untuk kita taksub dengannya, sebab telah dirakamkan oleh Allah Yang Maha Agung dalam firmanNya,
“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.”  (Surah Al-Ahzab:ayat 21)
.
Semua ini untuk apa?

Ia adalah semata-mata kerana kita ini mestilah obsessed untuk ke syurga!
Buat apa saja dan korban apa saja. Dengan rasa rela dan bahagia. Tanpa pernah ragu. Dan untuk itu, kita mesti asyik mencari redha Allah. Ertinya, hidup kita sentiasa diwarnai oleh hal ini, fikiran kita tidak lepas darinya, kita akan mengaitkannya dengan semua benda… SEMUA BENDA! .. apakah Allah redha? apakah Allah suka?
Hatta kalau cakap pakai selipar jepun pun, kita akan kaitkan dan fikirkan tentang islam, tentang syurga. Sudah tentu kita juga akan memberikan masa, tenaga, harta, kesukaan kita, kemahiran kita, kepandaian kita, bakat kita dan segala-galanya yang kita ada untuk memahami Islam ini, untuk menjulang Ad-Deen ini, untuk ‘membeli’ KeredhaanNya.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..” (Surah At-Taubah : ayat 111) 
.
Apakah yang menyebabkan kita berfikir 2 kali? ...sebelum bergerak ke arah kebaikan? Hal ini sangat penting kerana ia bukan sekadar soal antara hidup & mati. This is even more important because this is a matter between Heaven & Hell, our eternal end.
.

Above all our interests and our obsessions, kita berdoa agar kita tidak akan pernah lupa tentang ini,  tidak akan pernah luntur minat kepada agama ini, tidak akan sekali jemu dari obsesi ini, setiap saat selagi nyawa ini masih ada. Ameen.
Salam Maal Hijrah.
.
~ mendekati islam bukanlah satu hobi,tapi satu tanggungjawab

Monday, October 17, 2011

Jururawat

artikel ni jmpe kat internet,pendapat seseorang.. thankz~~~ Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah. Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin ana...k pada setiap hari tidak kira siang dan malam. Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh? Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari? Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda. Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda? Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai? Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat. Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat? Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat. Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli. Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik. Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa. Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja. Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi. Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja. Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga. Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga. Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan. Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja. Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia. Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi? Hargailah jasa mereka. thankz pada org yg tulis ni =) i'm proud to be one of NURSES out there.

Friday, October 7, 2011

Melayu Murtad


Nie lagi bahaya.. dari rokok
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SA...H ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam.

Wednesday, September 21, 2011

Gambaran hari kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, September 12, 2011

Sekian lama....

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog ni...saje menyepikan diri buat sementara waktu. Sekarang tiba masanya rasa rindu nak menulis semula di blog ni. Aku pun bukannya banyak idea sangat untuk dikupas, cukuplah sekadar bercerita perihal diri sendiri dan keluarga tersayang....
Syawal yang mulia masih belum tiba penghujungnya, tetapi aku tetap merindukan Ramadan yang telah pun berlalu. Ramadan kali ini begitu bermakna buat diriku. terasa banyak benar dosa2 yang telah aku lalukan selama ini dan keinsafan yang meresap ke dalam tubuhku ini harap sampai bila2. Aku bersyukur Allah memberi aku peluang diketika umurku masih belum lanjut...masih sempat dan kuat untuk aku beribadat secukupnya untuk yang maha Esa.

Wednesday, June 8, 2011

Halaqah sentuhan qalbu....5 minit Aje





Video2 ni sangat menyentuh hati dan perasaan...
Terasa diri begitu kerdil dan jahil selama ni.
Harapan aku penyesalan kali ini adalah untuk selama - lamanya...
Ameen.....

Tuesday, June 7, 2011

Puteriku sayang

  
Dah lama tak bercerita kat sini...bukan apa aku ketandusan idea sejak 2 menjak ni. huhu....Haaa...sekarang ni aku nak bercerita pasal Puteri sulungku yang comel ni....Masa ni umur dia 6 tahun. Konvo Pra sekolah Jais. Hopefully bila dia besar nanti Majlis Konvo ni akan berulang di Universiti pulaks...then dapat kerja yang bagus2. Sekarang dia dah pun standard 2. Rasa macam cepat masa berlalu...

Sertai Kami

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


Tuesday, May 31, 2011

Iphone 4

Hari sabtu lepas aku baru dapat Iphone 4 dari hubby....huhu...rupanya aku sangat la jahil nak gunakan kelebihan smartphone ni....ni 1st time aku guna handphone berjenama apple. Sebelum ni aku ada gak guna smartphone jenama lain contoh macam samsung, sony ericsson yang guna android application. Tapi rasanya apple lagi hebat la. memang sangat tepat la apa yang kawan - kawanku pernah cakap. Apple terbaik....

Thursday, May 26, 2011

Staff Klinikal PPDN, UPM






Dah lama rasanya tak update blog aku ni...ermmm. Rindu pulak nak mengisi masa lapang di alam maya ni.
Hissh....melalut lak aku ni....Aku nak citer pasal gambar kat atas yang baru aku upload ni...
Cuba korang tengok bilangan staff dalam gambar ni....sedikit bukan. Inilah staff klinikal yang menjalankan kes pada setiap selasa dan khamis. ( tu pun kalo ada pesakit. Huhu...)
Tengok pada bilangan staff klinikal ni dah boleh bayangkan tempat kami sebesar mana...
Kalo korang nak tau...yang beruniform biru gelap tu adalah Juru x-ray dan kat tengah - tengah 2 orang tu adalah Professor dan Doktor....Yang baju putih tu sure korang tau kan....
Ermmm....Inilah kehidupan kami di PPDN, UPM.





Tuesday, May 24, 2011

Keinsafan....

Munajat....


supaya munajat ini tertanam dalam jiwa siapa yang membaca dan mendegarkannya...

Monday, May 16, 2011

Kursus oh kursus...

Last week kepala otak ku penuh dengan kursus...rasa macam dah nak jammed dah. Penat mental....lebih baik dari penat fizikal dari penat mental. Padahalnya bukan buat apa pun, duduk dan dengar je kot. Huhuhu.... Itu nasib baik 3 hari berturut je...kalo seminggu naik pengsan aku. Hari selasa kursus di UMMC, Tempat kerja lama ku. Nak kata best....ermmm...boleh la. Ada speaker yang best dan ada jugak memang tak paham sepatah haram pun...huhu...omputih. Tapi speaker yang paling best, Dr. Risyha Manikam. Markah penuh lah. Hari rabu pulak kursus QMS dekat fakulti perubatan veterinar, UPM. Hah!! kursus yang paling boring pernah aku attend dalam hidup....rasa cam nak tembak diri sendiri je.... Dah la tajuk boring, speaker berganda2 boringnya. Huhu....Last day kursus dekat nuklear malaysia, Bangi. Bosan gak la sebab kursus tak menepati dengan tajuk yang diberi. Silapnya kenapa lah diorang tak edar tentatif program awal2. Huhuhu.....nasib duit UPM bukan duit sendiri....hahaha...jahatnya aku......

Wednesday, May 11, 2011

Orthopedik 8U Spinal Rehab






Kalo nak tau, time ni aku tgh winduuuu dengan kengkawan lama kat wad PPUM dulu. Kalau tak silap aku lah waktu ni dah hampir aku nak meninggalkan PPUM. Amik gambar konon nak buat kenang-kenangan. Tapi ok gak leh lah aku upload kat blog aku nih. Hahahah....aku paling senior kot antara semua ni...tapi aku nampak muda tak???huhu...paling takut nampak tua. Umo lanjut tak pe, asalkan wajah tak la nampak tua sangat. Waaaaa...rindu sama kamooo....Oleen, Angah, Nurul dan Pija.




Ni dihari yang sama dengan gambar kat atas tu. Bertambah pulak kumbang sekor....Reduan...happy happy!!




Yang ni pulak tengah lepak-lepak makan. Tak silap aku keje petang time ni. Haha...memang aku suka keje petang pun, jarang je kot aku keje pagi...Bertambah pulak lagi sorang...Dalila..Rindunya sama kamoo semua. Huhuhu.....



Monday, May 9, 2011

Kebahagiaanku...





Haaaa.....Ni pulak bersama suami tercinta. Agak2 kan sepadan tak?? Tapi kalo ikut aku sepadan je coz dah jadi suamiku pun. Kami mendirikan rumahtangga pada tanggal 1 Mac 2003. Lama dah. Kami dah pun dikurniakan 3 cahayamata yang comel2 macam kat bawah ni....













Ini lah dia kebahagiaan dan keriangan kami. Susunan seperti biasa ikut turutan. Yang sulung dah pun standard 2. Nombor 2 pulak 4 tahun. Yang nombor 3 lak baru je setahun 7 bulan......

Hari klinikal PPDN





Haaaa.....sempat lagi tu posing time kes berjalan. Nampak sangat keje kat sini ala- ala je uolz...Waktu ni nurse tak cukup, ada yang cuti bersebab, so import la nurse dari unit lain. Apa lagi aku pilih geng sendiri ler yang aku rasa aku cukup kenal cara keje dia. Jeng...jeng...jeng...Suhayu terpilih. Aku pilih Suhayu ni bukan apa, aku dah kenal dia, keje 1 wad masa kat PPUM dulu sungguhpun dia junior dari aku. Apa2 pun untuk kemudahan aku jugak, tak de lah aku nak explain lebih2. Hehehe.....Aku dan Suhayu sama2 interview UPM ni dan lapor diri sama2 gak. Hahaha...nampak kelakar pulak kami beruniform putih suci ni. Ye lah...biasakan hijau. Bila la agaknya UPM ni nak tukar kaler uniform. Kaler pink ke? kaler light purple ke?. Mesti lagi comel kalo kami pakai kaler2 yang tersebut ittew....Haaa...Kat gambar ni nampak la kan tempat keje ku yang begitu indah dan cute miut ni.sempit!! nasib lepas lagi nak tarik nafas. Huhu....Arkitek mana la yang design ni. Oh tidakkkkk!!!!!nampak perutku yang buncit tu.Huhuhu.......

Terkini. PPDN, UPM






Haaaa....inilah tempat ku mencari rezeki. PPDN, UPM. Bernaung di bawah Pusat Tanggung Jawab sendiri. Huhu...baru je pun launching ari tu....5 oktober 2010. Sehari selepas hari jadi ku. Hehehe....kelazzz kan..Kami bernaung di bawah 1Pengarah dan 1 Timbalan Pengarah. Kakitangan bawahan cuma 15 orang je. Sangat sedikit berbanding keje dekat PPUM dulu berpuluh. Tapi aku diantara senior di sana (PPUM). Nak jugak berlagak. Kakitangan klinikal cuma 3 Juru x ray, 3 Jururawat, seorang PPK, seorang Pegawai Sains Fizik, seorang Pegawai Penyelidik dan 2 Radiologist. Yang paling surprise tempat kerjaku sangat kecil dan sempit.Huhu.....

Tinggal kenangan

Antara sedar dengan tidak, aku sudah pun setahun 5 bulan menjadi warga UPM dan menabur bakti di sini. Pada permulaan aku di sini memang tersangatlah kekok. Jauh benar lari dari tugas2 ku yang dahulu. Huhu....rasa semacam pulak kerja jururawat begini. rasa macan nak memberontak pun ada. Tapi itu semua untuk sementara waktu sahaja. Akhirnya aku seronok di sini. Dapat pengetahuan baru, ilmu yang baru serta cara kerja yang baru. Dan yang penting aku tidak lagi bekerja di hospital.Tidak ada lagi bunyi erangan kesakitan, tiada lagi bau ubat-ubatan yang begitu menusuk hidungku dan yang paling penting tiada lagi bau luka gangrene yang memualkan......Tetapi adakalanya aku rindu semua itu. Rindu untuk bekerja syif, rindu untuk bagi ubat kepada pesakit, rindu untuk 'turn' pesakit, rindu untuk menjadi seorang jururawat sejati.Hahaha...teringat misi sejati...batch 98/2001(B)...anda tahu kan....Yang paling teramat ku rindu adalah rakan-rakan seperjuanganku. K. Ruzi, K. Zue, angah, Sahana, dan ramai lagi lah...panjang pulak kalau senaraikan semuanya. Tak lupa juga rindu dengan preceptee ku Lucy dan Marha...wah!!!kamu berdua produk keluaranku, adakah perangai dan sikap seakan-akan ku jua??? Hermmm...kalo nak diceritakan kenangan ku di PPUM takkan habis...Sikit-sikit sudah lah. Ada waktu kita bercerita lagi.





Thursday, May 5, 2011

Hari ini dalam sejarah

Buat pertama kalinya aku mencipta blog sendiri dengan berbekalkan pengetahuan teknologi yang sangat sedikit. Huh!!tapi akhirnya aku berjaya sungguhpun blog aku tidak la secanggih atau secantik mana pun berbanding blog-blog rakan-rakan yang pernah aku lewati. Aku seolah-olah merangkak dalam dunia yang serba canggih. Terasa diri ini banyak sungguh ketinggalan. Terkadang aku cukup berbangga menjadi salah seorang warga kerja UPM. Hahaha....disebabkan aku terjerumus di sinilah aku kenali serba sedikit teknologi serba canggih ini. Aku juga bukan seorang yang mudah lupa.....aku tidak akan sesekali lupa di mana asal usul kerjaya ku sebelum ini. UM & PPUM tetap dihati. Di sini jugalah aku mengenal erti kehidupan sebenar. Tempat jatuh lagi dikenang. bagaimana mungkin akan aku lupa kenangan selama 11 tahun aku di sana. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula..........Hahahaha....cintaku pun bermula di sini sehingga aku rasakan kehidupanku sangat bermakna dengan dikurniakan seorang suami yang cukup penyayang serta seorang puteri dan 2 orang putera yang cukup menceriakan kehidupan bahagiaku....