Friday, May 2, 2014

Dunia baru

Rindu menulis lagi...kali ni betul2 lama menyepi, hampir 2 tahun.Aku masih lagi salah seorang warga UPM cumanya tidak lagi di Unit Kejururawatan yang meninggalkan seribu kenangan buat aku. Kini aku di Unit Dermatologi. kalau dahulu di zaman 'student' sangat tidak menyukai apa2 yang berkaitan dengan 'skin'. Dengan istilah lainnya tak suka pesakit kulit, geli katanyaaa...Tapi Allah maha membalik balikkan hati. Sekarang aku sangat2 menyukai bidang Dermatologi. Banyak yang aku dapat belajar. Paling aku suka tentulah bab2 kesihatan dan kecantikan kulit ni...hehehe. Sejak aku 'join' unit ni, memang masa amatlah terhad. Sekejap klinik, kejap gi 'ward round', kejap 'day care', kejap kat fakulti. Dah naik longgar kepala lutut aku ni. hahahaha...tapi sebabkan minat penat segala bagai boleh lupa. Aduh!!!jammed pulaks kepala otak ni. Dah ketandusan idea. Nak kene stop dulu lah....next time continue...

Wednesday, November 21, 2012

Menyepi....

Lebih 6 bulan aku menyepi dari menulis di blog kesayanganku ini. Bukan apa cuma hari-hariku sedikit busy berbanding dulu. Kalau dulu aku bekerja di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, busy pada hari - hari tertentu sahaja. Sekarang bila menjadi ahli keluarga Unit Kejururawatan, FPSK busy tak usah nak dikata. Jadualku padat.
Walaubagaimanapun aku tetap sebahagian dari UPM. Kalau nak cerita pasal perbezaan kerja memangla tak tercerita. Dulu handle pesakit, sekarang handle student nurses.Kadang2 aku rasa kurang gemar dengan kerjaku sekarang sebab jiwaku lebih suka handle pesakit.Hurmmm....tetiba rindu nak kerja kat hospital.
Mungkin ada hikmah kenapa aku ditukarkan ke tempat baru ni. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Perancangan Dia amat terbaik untuk hambanya. Aku redha......

Monday, May 14, 2012

Selamat hari jururawat

Kalau dok sebut Florence Nightingale semua kenai, tapi sapa jururawat Islam tak kenai, meh nak bagi kenai....
Tetapi tahukah sebenarnya dunia kejururawatan tercicir satu nama yang lebih awal menempa kecemerlangan? Srikandi yang dimaksudkan adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami.

Ayahnya merupakan seorang tabib (doktor) dan Rufaidah mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.
Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terced...era. Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar kek khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah s.a.w pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku.

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Lalu Rasulullah s.a.w pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.
SELAMAT HARI JURURAWAT

Wednesday, December 28, 2011

SBPA

Di ketika ini penjawat-penjawat awam sedang sibuk menanda tangani opsyen 60 tahun pencen dan SBPA. Bagi kaum lelaki terpulang kepada pilihan masing-masing jika kesihatan masih mengizinkan dan tanggungan masih banyak seperti anak-anak masih kecil atau isteri lebih dari seorang.

Sebaliknya bagi kaum wanita, jika sudah bersuami, perkara pertama yang mesti dipertimbangkan ialah keizi
nan suami. Sudah lama suami tidak sempat diberi layanan yang sempurna sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sudah berapa kali selama bersama bermasam muka terhadap suami dengan alasan penat bekerja. Sudah berapa kali tidak sempat menyediakan pakaian solat suami terutama solat Jumaat atas alasan keletihan bekerja. Kekadang acap kali makan minum suami pun diuruskan oleh tukang masak restoran. Kekadang bila suami terjaga diwaktu malam isteri tiada di sisi kerana isteri sedang berkursus. Walau pun sebahagian daripada perkara-perkara ini bukan tanggungjawab mutlak isteri terhadap suami tetapi inilah amal-amal yang boleh membantu isteri melangkah kaki ke syurga.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan pesan kepada wanita bahawa mereka sangat mudah untuk memasuki syurga tetapi semasa peristiwa Israk Mi'raj, Baginda ditunjukkan bahawa wanita lebih ramai dalam neraka. Untuk menjadi ahli syurga, kaum wanita hanya perlu taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada suami atas perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama, menjaga maruah dan harta suami, tidak mengizinkan lelaki ajnabi memasuki rumah semasa ketiadaan suami dan tidak keluar rumah tanpa izin suami. Maka bagi kaum wanita, sebelum memilih opsyen bersara 60 tahun, muhasabahlah diri akan tanggungjawab terhadap suami yang sudah dan belum dilaksanakan kerana matlamat kita semua ialah untuk memasuki syurga bukannya kemewahan dunia semata-mata. Wallahu'alam.

Friday, December 23, 2011

Apa nak jadi...

Apabila suami dan isteri bergaduh maka anak-anak akan merasai kesannya. Ada anak-anak yang akan menyokong siibu dan ada pula yang akan menyokong sibapa. Tetapi yang lebih parah ada anak-anak yang membenci kedua-duanya dan keluar rumah mencari identiti baru. Siibu dan sibapa akan mencari sokongan untuk membenarkan hujjah masing-masing. Maka biasanya jiran dan kawan-kawan akan menjadi tempat didedahkan segala rahsia lawan masing-masing. Maka menjalarlah berita dan rahsia itu dari sejenkal menjadi sehasta dan seterusnya. Sudah tentulah orang yang paling gembira adalah musuh kedua-dua mereka apatah lagi jika musuh mereka orang munafik. Maka sekeluarga mendapat malu dan kerugian. Mengapa mereka tidak memilih tempat mengadu yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Inilah ibarat akan apa yang kita lihat hari ini. Media yang kita boikot setiap hari mengambil peluang untuk menghentam dan menyelakkan keburukan yang entah betul entah salah.

Kalau kita imbas zaman Rasulullah s.a.w, apabila sahabat-sahabat berselisih pendapat maka mereka berlarian mencari Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan nasihat. Mereka akan redha dengan keputusan Rasulullah s.a.w kerana mereka bersatu dengan satu akidah dan mereka menyayangi Rasulullah s.a.w dan satu Pencipta. Mengapa kita hari ini tidak sanggup mencontohi sahabat-sahabat sedangkan kita beria-ia mengaku berjuang Islam. Bukankah kita ada ketua yang boleh dijadikan penasihat walau pun tidak setaraf dengan Rasulullah s.a.w tetapi masih mempunyai wibawa dengan ilmu agama yang ada di dada kurniaan Allah.
Lihatlah contoh Saidina Umar yang terkenal tegas tetapi beliau tetap akur dengan keputusan Rasulullah s.a.w dalam menangani masalah tawanan perang. Rasulullah menerima pendapat Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar tidak memusuhi Abu Bakar dan tidak pula menghebohkan perkara itu untuk menegakkan pendapat beliau kepada sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya Allah yang membenarkan pendapat Saidina Umar itu. Bagaimanakah dengan kita hari ini? Kita guna media cetak dan TV untuk cuba menegakkan pendapat kita. Jangan lupa peyokong-penyokong di luar sedang memerhatikan gelagat kita. Media yang kita anggap musuh akhirnya mendapat peluang keemasan untuk menyerang jemaah kita dengan tindak-tanduk kita juga.

Marilah kita renung betapa amanahnya Huzaifah ibnu al-Yaman (tolong betulkan jika silap) menyimpan rahsia senarai orang-orang munafik yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w. Pernah Saidina Umar bertanyakan kepada beliau hal itu maka beliau hanya menyatakan bahawa nama Saidina Umar tiada dalam senarai. Jika sahabat-sahabat ingin tahu terpaksalah tunggu seseorang itu meninggal. Jika Huzaifah tidak menghadiri solat jenazah maka sahabat-sahabat pun tidak pergi kerana kemungkinan besar orang itu adalah munafik. Tetapi kita hari ini sehebat manakah menyimpan rahsia jamaah?

Kita penyokong akar umbi merasa malu bila melihat pemimpin-pemin berbalah sesama sendiri yang dihebahkan dalam media cetak dan TV. Kenapa setiap pertelingkahan tidak dirujuk kepada ketua dan jamaah. Tiada untungnya bagi yang menang dan tiada rugi bagi yang kalah. Semuanya akan menanggung kerugian terutama jamaah. Musuh-musuh akan megambil peluang untuk menjadikan perkara ini lebih buruk di mata masyarakat. Setiap pemimpin janganlah mendabik dada merasakan bahawa mereka sajalah yang betul dan semua orang lain salah. Kita sepatutnya mengutamakan keputusan jamaah selagi ia tidak bercanggah dengan agama berbanding dengan keputusan dan pendapat peribadi kita. Kambing di luar kawanan lebih mudah ditangkap serigala berbanding dengan kambing dalam kawanan.

Tuesday, December 13, 2011

perihal kerja ku






Inilah diantara wajah2 yang sangat happy time kerja. Aku memang sebegini sentiasa happy....happy go lucky! Entah bila masanya aku bersedih aku pun tak pasti. Tapi percayalah setiap manusia pasti ada masalah tersendiri cuma mungkin Allah anugerahkan aku sifat yang boleh melindung kesedihan....
Meh aku perkenalkan kawan2 sekerjaku ni...
yang sebelah kiri berbaju kurung tu namanya Hafizah. bertugas sebagai juru x ray...yang kat tgh2 tu izzati, tapi kami panggil dia ijat je...confirm la nurse cam aku...dah tentu beruniform...
Yang peliknya kami ni sempat lagi bergambar tgh2 training pasal Rubidium82.

Terjemahan doa iftitah

اَللهُ أَكۡبَرُ كَبِيۡرًا وَالۡحَمۡدُلِلَّهِ كَثِيۡرًا وَسُبۡحَانَ اللهِ بُكۡرَةً وَ أَصِيۡلاً
  Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan Segala Puji Bagi Allah sebanyak banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang

 وَجَّـهۡتُ وَجۡـهِيَ لِلَّذِيۡ فَطَرَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيۡفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِيۡنَ
  Aku Hadapkan wajah (Diriku) kepada (Allah) yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dengan berserah diri kepada kebenaran (Sebagai) Orang Muslim, dan tidaklah aku sebahagian dari orang-orang musrik.

 إِنَّ صَلَاتِيۡ وَنُسُكِيۡ وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِيۡ لِلَّهِ رَبِّۤ ٱلۡعَالَمِيۡن.
لاَ شَرِيۡكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَٱلۡمُسۡلِمِيۡنَ 
  Sesungguhnya, Sholatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah Tuhan Sekalian Alam. Tiada Sekutu BagiNya dan dengan demikian itu aku di perintahkan dan aku sebahagian dari orang-orang Islam