Wednesday, December 28, 2011

SBPA

Di ketika ini penjawat-penjawat awam sedang sibuk menanda tangani opsyen 60 tahun pencen dan SBPA. Bagi kaum lelaki terpulang kepada pilihan masing-masing jika kesihatan masih mengizinkan dan tanggungan masih banyak seperti anak-anak masih kecil atau isteri lebih dari seorang.

Sebaliknya bagi kaum wanita, jika sudah bersuami, perkara pertama yang mesti dipertimbangkan ialah keizi
nan suami. Sudah lama suami tidak sempat diberi layanan yang sempurna sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sudah berapa kali selama bersama bermasam muka terhadap suami dengan alasan penat bekerja. Sudah berapa kali tidak sempat menyediakan pakaian solat suami terutama solat Jumaat atas alasan keletihan bekerja. Kekadang acap kali makan minum suami pun diuruskan oleh tukang masak restoran. Kekadang bila suami terjaga diwaktu malam isteri tiada di sisi kerana isteri sedang berkursus. Walau pun sebahagian daripada perkara-perkara ini bukan tanggungjawab mutlak isteri terhadap suami tetapi inilah amal-amal yang boleh membantu isteri melangkah kaki ke syurga.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan pesan kepada wanita bahawa mereka sangat mudah untuk memasuki syurga tetapi semasa peristiwa Israk Mi'raj, Baginda ditunjukkan bahawa wanita lebih ramai dalam neraka. Untuk menjadi ahli syurga, kaum wanita hanya perlu taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada suami atas perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama, menjaga maruah dan harta suami, tidak mengizinkan lelaki ajnabi memasuki rumah semasa ketiadaan suami dan tidak keluar rumah tanpa izin suami. Maka bagi kaum wanita, sebelum memilih opsyen bersara 60 tahun, muhasabahlah diri akan tanggungjawab terhadap suami yang sudah dan belum dilaksanakan kerana matlamat kita semua ialah untuk memasuki syurga bukannya kemewahan dunia semata-mata. Wallahu'alam.

Friday, December 23, 2011

Apa nak jadi...

Apabila suami dan isteri bergaduh maka anak-anak akan merasai kesannya. Ada anak-anak yang akan menyokong siibu dan ada pula yang akan menyokong sibapa. Tetapi yang lebih parah ada anak-anak yang membenci kedua-duanya dan keluar rumah mencari identiti baru. Siibu dan sibapa akan mencari sokongan untuk membenarkan hujjah masing-masing. Maka biasanya jiran dan kawan-kawan akan menjadi tempat didedahkan segala rahsia lawan masing-masing. Maka menjalarlah berita dan rahsia itu dari sejenkal menjadi sehasta dan seterusnya. Sudah tentulah orang yang paling gembira adalah musuh kedua-dua mereka apatah lagi jika musuh mereka orang munafik. Maka sekeluarga mendapat malu dan kerugian. Mengapa mereka tidak memilih tempat mengadu yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Inilah ibarat akan apa yang kita lihat hari ini. Media yang kita boikot setiap hari mengambil peluang untuk menghentam dan menyelakkan keburukan yang entah betul entah salah.

Kalau kita imbas zaman Rasulullah s.a.w, apabila sahabat-sahabat berselisih pendapat maka mereka berlarian mencari Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan nasihat. Mereka akan redha dengan keputusan Rasulullah s.a.w kerana mereka bersatu dengan satu akidah dan mereka menyayangi Rasulullah s.a.w dan satu Pencipta. Mengapa kita hari ini tidak sanggup mencontohi sahabat-sahabat sedangkan kita beria-ia mengaku berjuang Islam. Bukankah kita ada ketua yang boleh dijadikan penasihat walau pun tidak setaraf dengan Rasulullah s.a.w tetapi masih mempunyai wibawa dengan ilmu agama yang ada di dada kurniaan Allah.
Lihatlah contoh Saidina Umar yang terkenal tegas tetapi beliau tetap akur dengan keputusan Rasulullah s.a.w dalam menangani masalah tawanan perang. Rasulullah menerima pendapat Saidina Abu Bakar tetapi Saidina Umar tidak memusuhi Abu Bakar dan tidak pula menghebohkan perkara itu untuk menegakkan pendapat beliau kepada sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya Allah yang membenarkan pendapat Saidina Umar itu. Bagaimanakah dengan kita hari ini? Kita guna media cetak dan TV untuk cuba menegakkan pendapat kita. Jangan lupa peyokong-penyokong di luar sedang memerhatikan gelagat kita. Media yang kita anggap musuh akhirnya mendapat peluang keemasan untuk menyerang jemaah kita dengan tindak-tanduk kita juga.

Marilah kita renung betapa amanahnya Huzaifah ibnu al-Yaman (tolong betulkan jika silap) menyimpan rahsia senarai orang-orang munafik yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w. Pernah Saidina Umar bertanyakan kepada beliau hal itu maka beliau hanya menyatakan bahawa nama Saidina Umar tiada dalam senarai. Jika sahabat-sahabat ingin tahu terpaksalah tunggu seseorang itu meninggal. Jika Huzaifah tidak menghadiri solat jenazah maka sahabat-sahabat pun tidak pergi kerana kemungkinan besar orang itu adalah munafik. Tetapi kita hari ini sehebat manakah menyimpan rahsia jamaah?

Kita penyokong akar umbi merasa malu bila melihat pemimpin-pemin berbalah sesama sendiri yang dihebahkan dalam media cetak dan TV. Kenapa setiap pertelingkahan tidak dirujuk kepada ketua dan jamaah. Tiada untungnya bagi yang menang dan tiada rugi bagi yang kalah. Semuanya akan menanggung kerugian terutama jamaah. Musuh-musuh akan megambil peluang untuk menjadikan perkara ini lebih buruk di mata masyarakat. Setiap pemimpin janganlah mendabik dada merasakan bahawa mereka sajalah yang betul dan semua orang lain salah. Kita sepatutnya mengutamakan keputusan jamaah selagi ia tidak bercanggah dengan agama berbanding dengan keputusan dan pendapat peribadi kita. Kambing di luar kawanan lebih mudah ditangkap serigala berbanding dengan kambing dalam kawanan.

Tuesday, December 13, 2011

perihal kerja ku






Inilah diantara wajah2 yang sangat happy time kerja. Aku memang sebegini sentiasa happy....happy go lucky! Entah bila masanya aku bersedih aku pun tak pasti. Tapi percayalah setiap manusia pasti ada masalah tersendiri cuma mungkin Allah anugerahkan aku sifat yang boleh melindung kesedihan....
Meh aku perkenalkan kawan2 sekerjaku ni...
yang sebelah kiri berbaju kurung tu namanya Hafizah. bertugas sebagai juru x ray...yang kat tgh2 tu izzati, tapi kami panggil dia ijat je...confirm la nurse cam aku...dah tentu beruniform...
Yang peliknya kami ni sempat lagi bergambar tgh2 training pasal Rubidium82.

Terjemahan doa iftitah

اَللهُ أَكۡبَرُ كَبِيۡرًا وَالۡحَمۡدُلِلَّهِ كَثِيۡرًا وَسُبۡحَانَ اللهِ بُكۡرَةً وَ أَصِيۡلاً
  Allah Maha Besar sebesar-besarnya dan Segala Puji Bagi Allah sebanyak banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang

 وَجَّـهۡتُ وَجۡـهِيَ لِلَّذِيۡ فَطَرَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيۡفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِيۡنَ
  Aku Hadapkan wajah (Diriku) kepada (Allah) yang telah menciptakan langit-langit dan bumi dengan berserah diri kepada kebenaran (Sebagai) Orang Muslim, dan tidaklah aku sebahagian dari orang-orang musrik.

 إِنَّ صَلَاتِيۡ وَنُسُكِيۡ وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِيۡ لِلَّهِ رَبِّۤ ٱلۡعَالَمِيۡن.
لاَ شَرِيۡكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَٱلۡمُسۡلِمِيۡنَ 
  Sesungguhnya, Sholatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah Tuhan Sekalian Alam. Tiada Sekutu BagiNya dan dengan demikian itu aku di perintahkan dan aku sebahagian dari orang-orang Islam

Monday, December 5, 2011

Malaysia kita

Renunglah wahai remaja Islam dan fikirlah siapa yg patut diikuti utk mencapai kebahagian di dunia dan lebih2 kagi diakhirat:
1. Ada org sanggup menyinsing lengan baju menunjukkan lengannya utk membela Melayu tetpi dlm masa yg sama mengkhianati Islam dgn mendedahkan aurat dan tidak menutup aurat dgn sempurna.
2. Ada org mengaku mengikut al-Quran dan Sunnah tetapi dalam masa yang sama membiarkan isteri dan anak2 melanggar perintah Allah dan Sunnah dgn membiarkan mereka mendedah aurat.
3. Ada org hendak berjihad mempertahankan Islam tetapi kelihatan gagal berjihad untuk memastikan keluarga mengikuti ajaran Islam.
4. Ada org mengaku membela Islam tetapi dalam masa yang sama riuh rendah menuduh dan menfitnah org lain dgn tuduhan liwat dan menayang video keserata pelusuh dunia.
5. Ada org setiap minggu menyampaikan kuliah pagi dan tinggal di rumah kampung dan hidup bersederhana serta keluarga sentiasa mematuhi ajaran al-quran dan Sunnah tetapi sentiasa dituduh memecahbelahkan perpaduan org Islam.
6. Ada org bergerak ke serata tanah air menerangkan kepada rakyat segala salahlaku pemimpin2 negara utk diambil ikhtibar oleh rakyat dan anak isteri sentiasa menutup aurat tetapi sentiasa tidak terlepas dari pelbagai tuduhan dan fitnah yg memalukan.

Fikir-fikirlah bersama untuk menyelamatkan Malaysia dari kemaksiatan dan kemungkaran .......

Friday, December 2, 2011

Sedih

Bila aku menonton iklan tusyen UPSR dalam astro, aku berasa sedih dan jauh hati tetapi mungkin sebahagian org lain berasa gembira kerana semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India semuanya boleh berbahasa Inggeris dgn baik. Aku bukan org yg anti BI. Dlm keadaan susah payah pun aku sekali sekala guna juga BI di tempat tertentu atau pada masa tertentu.

Aku sedih bila terkenangkan bagaimana Tun Abdul Razak berusaha membuat akta bahasa kebangsaan yg menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua urusan resmi termasuk dalam pendidkan dengan natijahnya untuk perpaduan dan mewujudkan semangat patriotis kepada negara Malaysia. Pada masa itu semua rakyat berusaha menguasai bahasa melayu sehinggakan nak mohon kerakyatan pun mesti boleh berbahasa melayu. Kita dpt lihat bila bertemu pelbagai kaum dalam satu majlis semua menggunakan bahasa melayu. Kemudian diwujudkan UKM utk memperhebatkan keperkasaan bahasa melayu. DBP ditugaskan utk memperbanyakkan bahan2 berbahasa melayu. Kawan2 Cina aku semasa di Alam Shah ambil kursus bahasa melayu dan begitu lancar berbahasa melayu.

Tetapi hari ini hanya tinggal semangat yang semakin kelam. Pemimpin2 melayu pun segan untuk berbahasa melayu dalam ucapan antarabangsa. Dalam mesyuarat kabinet pula guna bahasa apa? semasa sukan sea baru2 ini pemenang pingat yang ditemuramah sebahagiannya bercakap dalam BI seolah2 malaysia tiada bahasa resminya.

Bagaimanalah kita dapat memupuk semangat patriotik jika bahasa negara pun tidak tahu yang mana satu dan kalau ada pun tidak dimartabatkan. Berbeza dengan negara2 lain seperti Indonesia, jepun, Korea dan lain2, mereka begitu berbangga menggunakan bahasa mereka dan sebab itulah mereka sangat cintakan negara mereka sendiri. Bila tiba hari ulangtahun kemerdekaan mereka tak perlu dipaksa untuk mengibarkan bendera negara mereka dan tak tunggu bendera percuma. Betapa patriotiknya orang Jepun hinggakan menteri atau pegawai mereka sanggup meletakkan jawatan atau bunuh diri (org Islam tak boleh) jika berlaku sesuatu yang merugikan seperti perlanggaran keretapi yang dibawah jagaan mereka. Tetapi kita di Malaysia, sudah berapa orang menteri atau menteri besar letak jawatan contohnya bila stadium runtuh?

Marilah kita kembali memperkasakan bahasa melayu sebgai bahasa perpaduan dan pendidikan yang akhirnya melahirkan rakyat yang sayang kepada negara tetapi bukan semata-mata.

Ter lampau obsess

Lumrah, setiap orang ada perkara yang dia suka, yang dia minat, yang menggembirakan hatinya, yang selalu mencuri perhatiannya. Ada orang suka itu, ada orang suka ini. Dan minat itu selalu diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, kerana biasanya ia akan kelihatan, terzahir secara spontan, secerah matahari yang sukar disembunyikan. Lihat sajalah Facebook ini - dari info yang dikongsikan pada profile, hinggalah ke pilihan foto, kita akan dengan cepat dapat mengagak serba sedikit kesukaan seseorang.MashaAllah, differences make the world colourful.
.
Some of us are crazy about football, makan bola, tidur bola, obses betul dengan benda bulat itu. Others, like camera and take photos of almost anything and everything. Some ladies love pink, flowers, fashion and beauty.
.
Alhamdulillah. Allah menjadikan kita semua berbeza-beza dengan keistimewaan dan minat yang tersendiri. Bila minat, obsessed, kita menjadi tidak kisah untuk bersusah-payah deminya, menghabiskan duit ke arahnya, meluangkan masa untuknya, pengorbanan menjadi ringan dan membahagiakan. Namun, ada satu perkara yang kita semua sangat berdoa supaya Allah mewujudkan minat itu, obsesi itu, kesukaan itu, dalam diri kita.
.

Kita mestilah minat pada Islam.
Suka pada Ad-deen ini. Cenderung kepada kebaikan. Biarlah hati kita selalu merasa terpanggil untuk hadir menyahut seruan hidayahNya bila-bila pun ia tiba, dalam apa jua bentuk pun ia sampai. Semoga kaki kita selalu merasa ringan untuk melangkah ke majlis-majlis seruan keimanan. Hendaknya telinga kita selesa dan biasa mendengar kata-kata yang menginsafkan, juga ayat-ayat cinta dari Maha Pencipta. Doa kita agar tangan kita tidak pernah lambat-lambat untuk mengeluarkan apapun harta, membayar berapa pun harga, demi meraih sesuap kefahaman Islam.
.

Kita juga mestilah taksub dengan Nabi Muhammad saw.
Mestilah minat sangat kepada baginda. Mahu taat dengan setiap satu suruhan baginda tanpa tertinggal. Mahu belajar lagi tentang diri dan kisah baginda, menambah lagi ilmu dan kefahaman kita tentangnya. Mahu ikut semua sekali ajaran baginda. Ingin buat segala apa yang baginda buat. Hatta melangkah masuk ke tandas pun kita ingin sentiasa memilih kaki kiri dahulu supaya sama dengan baginda! Begitulah para sahabat dulu, mencontohi qudwah agung itu tanpa banyak soal. Semua yang baginda cakap mesti betul. Semua yang baginda buat me sti nak ikut, dan mereka menamakannya Sunnah Nabi. Memang mereka fanatik! Maka benarlah mereka. Kerana mereka menyaksikan kebenaran yang dibawanya. Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah (saw) itu SATU-SATUnya manusia yang berhak untuk kita taksub dengannya, sebab telah dirakamkan oleh Allah Yang Maha Agung dalam firmanNya,
“Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah.”  (Surah Al-Ahzab:ayat 21)
.
Semua ini untuk apa?

Ia adalah semata-mata kerana kita ini mestilah obsessed untuk ke syurga!
Buat apa saja dan korban apa saja. Dengan rasa rela dan bahagia. Tanpa pernah ragu. Dan untuk itu, kita mesti asyik mencari redha Allah. Ertinya, hidup kita sentiasa diwarnai oleh hal ini, fikiran kita tidak lepas darinya, kita akan mengaitkannya dengan semua benda… SEMUA BENDA! .. apakah Allah redha? apakah Allah suka?
Hatta kalau cakap pakai selipar jepun pun, kita akan kaitkan dan fikirkan tentang islam, tentang syurga. Sudah tentu kita juga akan memberikan masa, tenaga, harta, kesukaan kita, kemahiran kita, kepandaian kita, bakat kita dan segala-galanya yang kita ada untuk memahami Islam ini, untuk menjulang Ad-Deen ini, untuk ‘membeli’ KeredhaanNya.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..” (Surah At-Taubah : ayat 111) 
.
Apakah yang menyebabkan kita berfikir 2 kali? ...sebelum bergerak ke arah kebaikan? Hal ini sangat penting kerana ia bukan sekadar soal antara hidup & mati. This is even more important because this is a matter between Heaven & Hell, our eternal end.
.

Above all our interests and our obsessions, kita berdoa agar kita tidak akan pernah lupa tentang ini,  tidak akan pernah luntur minat kepada agama ini, tidak akan sekali jemu dari obsesi ini, setiap saat selagi nyawa ini masih ada. Ameen.
Salam Maal Hijrah.
.
~ mendekati islam bukanlah satu hobi,tapi satu tanggungjawab