Friday, December 2, 2011

Sedih

Bila aku menonton iklan tusyen UPSR dalam astro, aku berasa sedih dan jauh hati tetapi mungkin sebahagian org lain berasa gembira kerana semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India semuanya boleh berbahasa Inggeris dgn baik. Aku bukan org yg anti BI. Dlm keadaan susah payah pun aku sekali sekala guna juga BI di tempat tertentu atau pada masa tertentu.

Aku sedih bila terkenangkan bagaimana Tun Abdul Razak berusaha membuat akta bahasa kebangsaan yg menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua urusan resmi termasuk dalam pendidkan dengan natijahnya untuk perpaduan dan mewujudkan semangat patriotis kepada negara Malaysia. Pada masa itu semua rakyat berusaha menguasai bahasa melayu sehinggakan nak mohon kerakyatan pun mesti boleh berbahasa melayu. Kita dpt lihat bila bertemu pelbagai kaum dalam satu majlis semua menggunakan bahasa melayu. Kemudian diwujudkan UKM utk memperhebatkan keperkasaan bahasa melayu. DBP ditugaskan utk memperbanyakkan bahan2 berbahasa melayu. Kawan2 Cina aku semasa di Alam Shah ambil kursus bahasa melayu dan begitu lancar berbahasa melayu.

Tetapi hari ini hanya tinggal semangat yang semakin kelam. Pemimpin2 melayu pun segan untuk berbahasa melayu dalam ucapan antarabangsa. Dalam mesyuarat kabinet pula guna bahasa apa? semasa sukan sea baru2 ini pemenang pingat yang ditemuramah sebahagiannya bercakap dalam BI seolah2 malaysia tiada bahasa resminya.

Bagaimanalah kita dapat memupuk semangat patriotik jika bahasa negara pun tidak tahu yang mana satu dan kalau ada pun tidak dimartabatkan. Berbeza dengan negara2 lain seperti Indonesia, jepun, Korea dan lain2, mereka begitu berbangga menggunakan bahasa mereka dan sebab itulah mereka sangat cintakan negara mereka sendiri. Bila tiba hari ulangtahun kemerdekaan mereka tak perlu dipaksa untuk mengibarkan bendera negara mereka dan tak tunggu bendera percuma. Betapa patriotiknya orang Jepun hinggakan menteri atau pegawai mereka sanggup meletakkan jawatan atau bunuh diri (org Islam tak boleh) jika berlaku sesuatu yang merugikan seperti perlanggaran keretapi yang dibawah jagaan mereka. Tetapi kita di Malaysia, sudah berapa orang menteri atau menteri besar letak jawatan contohnya bila stadium runtuh?

Marilah kita kembali memperkasakan bahasa melayu sebgai bahasa perpaduan dan pendidikan yang akhirnya melahirkan rakyat yang sayang kepada negara tetapi bukan semata-mata.

No comments:

Post a Comment